Warnailah Hidupmu by RXEME



Salam semua peminat2 nasyid, tidak lama lagi Rxeme akan merakamkan sebuah lagi lagu hasil ciptaan Halim (Devotees) berjudul DI PANGKUAN CINTA-MU yang bakal dimuatkan di dalam Album Nasyeed Semesta Bertahmid (Koleksi Nasyid Indie 2). Untuk pengetahuan semua, ini adalah langkah pertama Rxeme untuk terus bergiat dalam industri nasyid tanah air. Selain itu, Rxeme kini dalam proses penjenamaan semula kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai 1NITE oleh kerana pertukaran beberapa ahli dll. Nama kumpulan yang baru akan dimaklumkan setelah mendapat persetujuan dari ahli2 kumpulan nanti. Konsep yang akan diketengahkan ialah R&B, pop, dsb. Di harap anda semua mendapatkan Album Kompilasi Nasyid Indie Vol.2 pada bulan Ogos ini, menampilkan 12 lagu nasyid dari artis2 nasyid baru. Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Nasyid Indie 2 :

http://nasyidindie2.blogspot.com

Read More......
Tuesday, June 1, 2010 Posted in | | 0 Comments »



Pada 24hb April, rxeme telah melawat sekolah bg melaksanakan satu program yg dinamakan "Akademi IT". Sekolah lama rxeme (Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong) kini semakin indah ditambah pula dengan landskap2 yang baru. Di samping itu, masjid keputeraan MTAQ yang juga dikenali sbg Masjid penduduk pulai chondong menjadi salah satu tarikan baru bagi daerah pulai chondong. Jadi, sbg ex-MTAQ rxeme brase bangga lak bila mjadi warga skolah ni. Utk pengetahuan semua, MTAQ merupakan salah satu sekolah cemerlang yang telah mdapat plbagai anugerah & pencapaian samada dari segi pendidikan & ko-kurikulum (hihi promote ckt). Setiap tahun MTAQ akan mendapat undangan untuk memperdengarkan bacaan pelajar2 mereka di majlis2 luar dari sekolah. Tapi rxeme skrg ni bkn nak cerita psal sekolah, tapi mengenai akademi IT yg rxeme telah tubuhkan sejak 2007 lagi. Kiranya nk menyambung perjuangan yang dah lama ditinggalkan ni.

Kedatangan rxeme ke sana disambut baik oleh warga MTAQ, Alhamdulillah... Dgn hadirnya rxeme ke sana dpt meringankan kerja mereka utk menyiapkan majalah sekolah, kirenye rxeme ke sana utk ajar mereka cara menggunakan Adobe Photoshop & Adobe In-Design. Akhirnya semua dpt mengambil pengajaran dr apa yg rxeme smpaikan walaupun ada sesetengah step yg terlupa, tp dapat jgk cover ckt2... huhu. So kalu ada rezeki bolehla bertandang ke sana lagi utk tutorial yg berikutnya. Hjat di hati rase macam nk wat jer majalah tu. Maklumlah skrg ni kan cuti panjang, xder apa jgk nk dibuat. Tapi kalu mereka nk mntak pertolongan, xder masalah. Boleh jer... Rxeme sdia menghulurkan bntuan, ringankan bebanan. (hihi mcm bersamamu la plak). Prgram ni brmula pada pkul 11pg dan berakhir pada pukul 5ptg. Selepas solat asar, rxeme telah btemu Ust Raja selaku guru redaksi 2009. Dapat jgklah berborak dgn beliau serba sdikit mngenai redaksi skrg n 2010 ni dia xjadi guru redaksi dah. So dia tidak lagi menguruskan bab2 majalah nie. apa2 pun ustaz masih lagi relax n masih berupaya utk jadi guru rdaksi lagi jika ada peluang. huhu... Selepas ust Raja, rxeme telah btemu dgn ramai lagi bdk2 STTQ yg setengah drpdnya merupakan ajk redaksi dulu2. Antaranya awwab, mursyid, mat kecik (skrg da bsar), zakuan, atiqullah mursyid (ex-pres MP) dan rmai lagi. Rxeme brase sgt gmbira walaupun cuma sekejap jer mlawat tp ia sungguh bermakna. So selepas tu rxeme balik dgn teksi n smpai kt umah dlm pkul 7ptg. Itu sajalah coretan rxeme pd hari ni skadar berkongsi dgn plawat setia blog yg xsberapa nie. K slmat berjaya semua. Ikhlas dari R-X Studio 2010

Read More......
Sunday, April 25, 2010 Posted in | | 0 Comments »

13 mac - Semalam telah siap recording lagu Senyumanmu hasil ciptaan komposer yang sedang meningkat naik dalam industri nasyid iaitu saudara Faiz Hamzah. Lagu yang berdurasi 4.00 ini akan siap diadun dan akan dipra-dengarkan di dalam laman peminat kami di Facebook. Nantikan

Read More......
Saturday, March 13, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Sehari dua ni banyak btul projek nak kena settle kan, tapi kebanyakannye dah siap. Minggu lepas baru saja release Majalah Survival edisi ke-2 keluaran PKPIM UIA dengan kerjasama R-X Studio. Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan. Pada mulanya ingatkan biasa2 saja, tapi hasilnya sangat baik. Lantaran itu, edisi ke-2 dicetuskan bagi meneruskan kesinambungan majalah tersebut.



Berita yg terbaru, skrg nie plak dapat tawaran masuk Nasyeed Semesta Bertahmid di bawah Neurotic Studio. Mungkin inilah salah satu platform untuk Rxeme meluahkan bakat yg xseberapa nie..huhu. Lagu yang akan dimuatkan adalah lagu Rxeme sendiri dan telah diberi kepercayaan oleh Abg Halim Devotees untuk dimasukkan ke dalam album yang superb nie. Nantikan!!



Read More......
Wednesday, March 10, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Sabtu ni dah start recording lagu "Warnailah Hidupmu" dengan Faiz Hamzah @ Soulart Studio. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan lagunya moga2 dapat diterima oleh semua penggemar nasyid yang inginkan kelainan. Vote 4 me huhu...mcm AF pulak

p/s : Ok tak cover nie??? Huhu bg la comment ye...

Read More......
Thursday, February 11, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Read More......
Monday, January 25, 2010 Posted in | | 0 Comments »


Read More......
Thursday, January 14, 2010 Posted in | | 0 Comments »

Esok bertarikh 15hb Januari bertempat di Kolej Islam Antarabangsa akan diadakan perjumpaan khas NIFC bersama crew2 yang lain bagi membincangkan program-program yang akan dijalankan sepanjang 2010 ini. Antara crew yang hadir ialah dari ahli2 Nasyid IIC. Segala yang dirancangkan diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya insyaAllah... Doakan kejayaan kami untuk memartabatkan industri nasyid dan mengangkatnya ke mata dunia dengan izin Ar-Rahman. Sentiasa melayari fanpage NIFC untuk perkembangan lanjut.

Read More......
Posted in | | 0 Comments »



Selepas pembukaan kelab peminat Nasyid Indie di Facebook, sambutan yang diterima sungguh menggalakkan dan memberansangkan. Kini ahli di dalam NIFC sudah mencecah lebih 100 orang ahli. Syukur alhamdulillah. Rentetan dari itu, Halaman Peminat Nasyid Indie telah diwujudkan bagi memudahkan peminat2 nasyid indie terutamanya mendapat berita terkini dengan lebih cepat. Jadi kepada semua ahli2 kelab NIFC anda dialu-alukan untuk menjadi peminat bagi halaman ini. Kini semuanya akan menjadi mudah dengan Facebook!! Sentiasalah berhubung dengan kami melalui Halaman Nasyid Indie FC!

Link : http://www.facebook.com/pages/Nasyid-Indie-FC/247788689227

Read More......
Wednesday, January 13, 2010 Posted in | | 0 Comments »



Download Album Demascus. Just want to share... Very beautiful song. Ade elemen2 rap ckit n acapella. Berduet dengan kumpulan Mirwana dalam album Bumi Akhir Usia. Ada 5 track dalam album nie... Jom layan.

link : http://www.mediafire.com/?vmmd1nimgmw

Read More......
Saturday, January 9, 2010 Posted in | | 0 Comments »



Berita baik untuk peminat nasyid Saujana yang bakal mengeluarkan album terbaru berjudul Nota Cinta keluaran Hijjaz Records Sdn Bhd .Terdapat 14 (10 songs + interludes) lagu didalam album Nota Cinta,namun hanya 10 lagu sahaja untuk preview album Saujana. Anda boleh dapatkan album Saujana pada bulan Januari 2010 insyaallah,diantara komposer yang tidak asing lagi dalam pesada nasyid adalah seperti Putra Aiman,Abai Os,Manis Helma,Hafiz Hamidun dan ramai lagi..

Untuk maklumat lanjut mengenai album Nota Cinta Saujana, boleh layari website rasmi saujana di : http://anasaujana.blogspot.com/
@ Facebook Saujana di :
http://www.facebook.com/pages/SAUJANA/86789162765

Tracklist Album Nota Cinta :

1. Patah Hati
Lirik : Fedtri Yahya
Lagu : Hafiz Hamidun

2. Titik Ajaib
Lirik : Jeff Hazimin
Lagu : Nino

3. Nota Cinta
Lirik : Nino
Lagu : Nino

4. Jika Terakhir Buatku
Lirik : Putra Aiman/Mustaqim
Lagu : Putra Aiman/Mustaqim

5. Inang Anak Perantau
Lirik : Atie
Lagu : Manis Helma

6. Khabar dari langit
Lirik : Atie
Lagu : Manis Helma

7. Ishtaqnaa
Lirik : Atie / Hafizfandany /Suffian
Lagu : Putra Aiman

8. Kembara
Lirik : Abai Os
Lagu : Abai Os

9. Sifatullah
Lirik : Adi
Lagu : Adi

10. Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

11. Hasbi Rabbi

12. Ya Muhaiminu Ya Salam

13. Zikir Munajat

14. Tausyih Sika

Read More......
Posted in | | 0 Comments »



Album terbaru kumpulan Mirwana berjudul Bumi Akhir Usia kini sudah berada di pasaran. Album ini juga menampilkan ahli kumpulan Demascus, Edry di dalam lagu Bukti Cinta. Anda boleh mendapatkan album ini di kedai-kedai atau memuat turun secara online di DigiMusic.com.my (search mirwana). Malah anda juga boleh mendengar preview kesemua lagu di sana.

Tracklist:

1. Muhammad S.A.W 'The Arrival'
2. Andaiku Pergi (Retro Version)
3. Bumi Akhir Usia
4. Jauh (Radio Edit)
5. Bukti Cinta feat Edry Demascus
6. Kembali PadaMu
7. Fana Pesona
8. Andaiku Pergi (Original Version)
9. Tika Masanya Featuring HUJAN
10. Cahaya Kekasih
11. Anugerah Istimewa
12. Jauh (Original Version)
13. Andaiku Pergi (Instrumental)

Mirwana Links - FB Mirwana | Mirwana Space

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

Diri ini adalah milik ilahi
Semestinya kita menjaga diri
Apa gunanya kau hidup begini
Tanpa mencoraknya sendiri

Pilih yang mana-mana kau rasa
Perlu dicorak dan diwarna
Banyak pilihan yang perlu kau pilih
Yang perlu kau pilih

Inilah warna yang dicari-cari
Sepadan dengan kehendak diri
Tidak bercanggah dan tidak terpesong
Dari landasan yang telah ditentukan

Warnailah hatimu dengan zikrullah
Coraklah mindamu dengan ilmu yang berguna
Tenangkan hatimu dengan kalamullah
Semoga hidupmu sentiasa dalam rahmat ilahi

Indahnya jika kita hidup ini
Bagaikan satu pelangi
Mempunyai pelbagai warna
Yang dapat menceriakan
Kehidupan abadi... di syurga menanti

Kita juga perlu merasakan
Hidup ini tak akan sempurna
Jika tiada kesenian dalam diri
Mewarnai kehidupan....

Lirik / Lagu : Rxeme

Read More......
Posted in | | 0 Comments »

HUJAN
Fi-3

Hujan adalah pemberian
Oleh Tuhan kepada insan
Hujan rahmat dari Tuhan
Kepada seluruh alam

Bersyukurlah kita
atas limpah kurnianya
sentiasalah menghargai
rezeki yang diberi

Bila hujan turun
Ku termenung sendirian
Mengimbau memori lalu
Yang indah bagi diriku

Teringat aku
Sewaktu masa lalu
Bersama temanku
Di kala hujan turun

Hujan berlalu pergi
Mentari muncul kembali
Sinari alam ini menjadi
Indah berseri-seri

Lagu : Rxeme
Lirik : Rxeme

Read More......
Monday, January 4, 2010 Posted in | | 0 Comments »



Salam tahun baru semua, kali nie nak kongsi cerita sikit pasal gathering HH kat KL sentral awal tahun ni [1 Jan '2010]. Pada jam 3.15 petang bertolaklah seorang hmba Allah ni ke KL sentral sbb nak jumpe dgn penyanyi yang agak famous skarang ni, tau saper? Ala yang nak pergi Turki tu la, Hafiz Hamidun. Ha jangan terkejut lak ye. Huhu. Pergi plak bukan sorang2, tapi dengan krew produksi 'D'Jambey Entertainment' dari IIC. Kalau anda kenal ia adalah Shahiran [x-MiSK]. Sampai di sana kul 4.10 ptg di lokasi yang telah ditetapkan. tapi sayangnya tak de orang lak. Isk hampa la plak. Mula2 igt da nak balik UIA tapi tiba2 si shah ni bgtau sape yang tgah makan dlm kedai Chicken Rice Shop tu? Rupe2nye HH duk tgah makan disitu. huhu teruje plak. Lpas tu mula lah gelabah sapa nk pegi cuit si HH tu. Akhirnya dia nampak jgk kami kat situ, pastu si shah ni pgila bertemu ngan HH dan gue ikut dari blakang. Yela segan btol nak jmpe ngan artis nie, tmbah2 plak dia xbrapa knal lagi ngan kita kan? Kami pun dduk semeja ngan HH dan mulalah mlalut tak tntu psal. Ha3... Si shah la yg bnyk cakap ckit, gue ckp skit2 aje. Tak tau nak cakap ape la. Terkejut sgt jumpe HH. Hehehe... Mula2 igtkan HH tak kenal gue, tp tnyata dia igt lagi org yang tlg design cover album dia, he2 thanx syukran sbb igt gue. Tengah seronok berbual, datangla budak2 pompuan yang nak jumpe ngan HH ni. Sgan2 la apa la, tp diorang bwk abang dyorang skali. Segan la tu. Lpas tu HH terjumpe dengan staff dari Hijjaz Records iaitu Atie, dan kami dibwk oleh HH ke kedai seterusnya untuk berborak lagi. Kami pun singgah di kedai La Cucur yang tidak jauh dari situ. Kami start berborak panjang kat situ. Mula2 HH pegi 7-E untuk beli paper. Rupe2nye ader gmbar dia kt dlm tuh. Isy pndai btol si HH ni, cam tau2 je. Pastu HH belanja la kiteorg minum kt situ n then berboraklah selama 1jam setengah kt situ. Macam2 la diborakkan tentang nasyid la, album dia n macam2 lagi. Nanti tunggu kemunculan MTV Karaoke Syukran dari HH ye... InsyaAllah. Pastu selepas berborak panjang, si shah ni gatal nak bergmbar la lak. Gue pun ambik je la gmbar dia ngan HH, bkan nak ambik gambar aku skali. Isy truk btol. Ok la, ckup la tu buat kali ni, nanti kalau ada apa2 lagi yang nak diceritakan nanti gue bagitau ye...

Read More......
Posted in | | 0 Comments »



Tahun baru 2009 baru saja melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu, lembaran baru 2010 kini sudah bermula. Sudahkah anda semua bersedia untuk mengharungi cabaran bagi tahun 2010 ini? Harap2nya semua sudah bersedia untuk beraksi dan mengatur langkah bagi melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan merealisasikan segala hajat yang ada. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan oleh RxemeStudios sepanjang tahun 2010 ini, antaranya projek design dan proses rakaman album bersama Aman Studio dalam projek terbaru studio beliau iaitu "Album Kompilasi Nasyeed Inter-IPTA". Projek ini dijayakan bersama sahabat beliau dari Neurotic Studio iaitu saudara Halim Devotees. Saya harap projek ini mendapat sambutan dari para penasyeed indie (independant). Saya masih lagi berusaha untuk confirmkan projek ini kepada Aman Studio tapi insyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan keyakinan semula untuk merakamkan album ini seterusnya memulakan langkah saya yang pertama dalam industri nasyid. Kumpulan saya akan muncul tidak lama lagi sebaik saja projek ini dijayakan dengan cemerlang. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

Read More......
Friday, January 1, 2010 Posted in | | 0 Comments »