Warnailah Hidupmu by RXEME



Pada 24hb April, rxeme telah melawat sekolah bg melaksanakan satu program yg dinamakan "Akademi IT". Sekolah lama rxeme (Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong) kini semakin indah ditambah pula dengan landskap2 yang baru. Di samping itu, masjid keputeraan MTAQ yang juga dikenali sbg Masjid penduduk pulai chondong menjadi salah satu tarikan baru bagi daerah pulai chondong. Jadi, sbg ex-MTAQ rxeme brase bangga lak bila mjadi warga skolah ni. Utk pengetahuan semua, MTAQ merupakan salah satu sekolah cemerlang yang telah mdapat plbagai anugerah & pencapaian samada dari segi pendidikan & ko-kurikulum (hihi promote ckt). Setiap tahun MTAQ akan mendapat undangan untuk memperdengarkan bacaan pelajar2 mereka di majlis2 luar dari sekolah. Tapi rxeme skrg ni bkn nak cerita psal sekolah, tapi mengenai akademi IT yg rxeme telah tubuhkan sejak 2007 lagi. Kiranya nk menyambung perjuangan yang dah lama ditinggalkan ni.

Kedatangan rxeme ke sana disambut baik oleh warga MTAQ, Alhamdulillah... Dgn hadirnya rxeme ke sana dpt meringankan kerja mereka utk menyiapkan majalah sekolah, kirenye rxeme ke sana utk ajar mereka cara menggunakan Adobe Photoshop & Adobe In-Design. Akhirnya semua dpt mengambil pengajaran dr apa yg rxeme smpaikan walaupun ada sesetengah step yg terlupa, tp dapat jgk cover ckt2... huhu. So kalu ada rezeki bolehla bertandang ke sana lagi utk tutorial yg berikutnya. Hjat di hati rase macam nk wat jer majalah tu. Maklumlah skrg ni kan cuti panjang, xder apa jgk nk dibuat. Tapi kalu mereka nk mntak pertolongan, xder masalah. Boleh jer... Rxeme sdia menghulurkan bntuan, ringankan bebanan. (hihi mcm bersamamu la plak). Prgram ni brmula pada pkul 11pg dan berakhir pada pukul 5ptg. Selepas solat asar, rxeme telah btemu Ust Raja selaku guru redaksi 2009. Dapat jgklah berborak dgn beliau serba sdikit mngenai redaksi skrg n 2010 ni dia xjadi guru redaksi dah. So dia tidak lagi menguruskan bab2 majalah nie. apa2 pun ustaz masih lagi relax n masih berupaya utk jadi guru rdaksi lagi jika ada peluang. huhu... Selepas ust Raja, rxeme telah btemu dgn ramai lagi bdk2 STTQ yg setengah drpdnya merupakan ajk redaksi dulu2. Antaranya awwab, mursyid, mat kecik (skrg da bsar), zakuan, atiqullah mursyid (ex-pres MP) dan rmai lagi. Rxeme brase sgt gmbira walaupun cuma sekejap jer mlawat tp ia sungguh bermakna. So selepas tu rxeme balik dgn teksi n smpai kt umah dlm pkul 7ptg. Itu sajalah coretan rxeme pd hari ni skadar berkongsi dgn plawat setia blog yg xsberapa nie. K slmat berjaya semua. Ikhlas dari R-X Studio 2010

Sunday, April 25, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Lawatan ke MTAQ..."

Write a comment