Warnailah Hidupmu by RXEME



Tahun baru 2009 baru saja melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu, lembaran baru 2010 kini sudah bermula. Sudahkah anda semua bersedia untuk mengharungi cabaran bagi tahun 2010 ini? Harap2nya semua sudah bersedia untuk beraksi dan mengatur langkah bagi melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan merealisasikan segala hajat yang ada. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan oleh RxemeStudios sepanjang tahun 2010 ini, antaranya projek design dan proses rakaman album bersama Aman Studio dalam projek terbaru studio beliau iaitu "Album Kompilasi Nasyeed Inter-IPTA". Projek ini dijayakan bersama sahabat beliau dari Neurotic Studio iaitu saudara Halim Devotees. Saya harap projek ini mendapat sambutan dari para penasyeed indie (independant). Saya masih lagi berusaha untuk confirmkan projek ini kepada Aman Studio tapi insyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan keyakinan semula untuk merakamkan album ini seterusnya memulakan langkah saya yang pertama dalam industri nasyid. Kumpulan saya akan muncul tidak lama lagi sebaik saja projek ini dijayakan dengan cemerlang. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.

Friday, January 1, 2010 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Selamat Tahun Baru semua!!!!"

Write a comment