Esok bertarikh 15hb Januari bertempat di Kolej Islam Antarabangsa akan diadakan perjumpaan khas NIFC bersama crew2 yang lain bagi membincangkan program-program yang akan dijalankan sepanjang 2010 ini. Antara crew yang hadir ialah dari ahli2 Nasyid IIC. Segala yang dirancangkan diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya insyaAllah... Doakan kejayaan kami untuk memartabatkan industri nasyid dan mengangkatnya ke mata dunia dengan izin Ar-Rahman. Sentiasa melayari fanpage NIFC untuk perkembangan lanjut.
Selepas pembukaan kelab peminat Nasyid Indie di Facebook, sambutan yang diterima sungguh menggalakkan dan memberansangkan. Kini ahli di dalam NIFC sudah mencecah lebih 100 orang ahli. Syukur alhamdulillah. Rentetan dari itu, Halaman Peminat Nasyid Indie telah diwujudkan bagi memudahkan peminat2 nasyid indie terutamanya mendapat berita terkini dengan lebih cepat. Jadi kepada semua ahli2 kelab NIFC anda dialu-alukan untuk menjadi peminat bagi halaman ini. Kini semuanya akan menjadi mudah dengan Facebook!! Sentiasalah berhubung dengan kami melalui Halaman Nasyid Indie FC!
Link : http://www.facebook.com/pages/Nasyid-Indie-FC/247788689227
Download Album Demascus. Just want to share... Very beautiful song. Ade elemen2 rap ckit n acapella. Berduet dengan kumpulan Mirwana dalam album Bumi Akhir Usia. Ada 5 track dalam album nie... Jom layan.
Berita baik untuk peminat nasyid Saujana yang bakal mengeluarkan album terbaru berjudul Nota Cinta keluaran Hijjaz Records Sdn Bhd .Terdapat 14 (10 songs + interludes) lagu didalam album Nota Cinta,namun hanya 10 lagu sahaja untuk preview album Saujana. Anda boleh dapatkan album Saujana pada bulan Januari 2010 insyaallah,diantara komposer yang tidak asing lagi dalam pesada nasyid adalah seperti Putra Aiman,Abai Os,Manis Helma,Hafiz Hamidun dan ramai lagi..
Untuk maklumat lanjut mengenai album Nota Cinta Saujana, boleh layari website rasmi saujana di : http://anasaujana.blogspot.com/ @ Facebook Saujana di :
Album terbaru kumpulan Mirwana berjudul Bumi Akhir Usia kini sudah berada di pasaran. Album ini juga menampilkan ahli kumpulan Demascus, Edry di dalam lagu Bukti Cinta. Anda boleh mendapatkan album ini di kedai-kedai atau memuat turun secara online di DigiMusic.com.my (search mirwana). Malah anda juga boleh mendengar preview kesemua lagu di sana.
Tracklist:
1. Muhammad S.A.W 'The Arrival' 2. Andaiku Pergi (Retro Version) 3. Bumi Akhir Usia 4. Jauh (Radio Edit) 5. Bukti Cinta feat Edry Demascus 6. Kembali PadaMu 7. Fana Pesona 8. Andaiku Pergi (Original Version) 9. Tika Masanya Featuring HUJAN 10. Cahaya Kekasih 11. Anugerah Istimewa 12. Jauh (Original Version) 13. Andaiku Pergi (Instrumental)
Diri ini adalah milik ilahi Semestinya kita menjaga diri Apa gunanya kau hidup begini Tanpa mencoraknya sendiri
Pilih yang mana-mana kau rasa Perlu dicorak dan diwarna Banyak pilihan yang perlu kau pilih Yang perlu kau pilih
Inilah warna yang dicari-cari Sepadan dengan kehendak diri Tidak bercanggah dan tidak terpesong Dari landasan yang telah ditentukan
Warnailah hatimu dengan zikrullah Coraklah mindamu dengan ilmu yang berguna Tenangkan hatimu dengan kalamullah Semoga hidupmu sentiasa dalam rahmat ilahi
Indahnya jika kita hidup ini Bagaikan satu pelangi Mempunyai pelbagai warna Yang dapat menceriakan Kehidupan abadi... di syurga menanti
Kita juga perlu merasakan Hidup ini tak akan sempurna Jika tiada kesenian dalam diri Mewarnai kehidupan....
Salam tahun baru semua, kali nie nak kongsi cerita sikit pasal gathering HH kat KL sentral awal tahun ni [1 Jan '2010]. Pada jam 3.15 petang bertolaklah seorang hmba Allah ni ke KL sentral sbb nak jumpe dgn penyanyi yang agak famous skarang ni, tau saper? Ala yang nak pergi Turki tu la, Hafiz Hamidun. Ha jangan terkejut lak ye. Huhu. Pergi plak bukan sorang2, tapi dengan krew produksi 'D'Jambey Entertainment' dari IIC. Kalau anda kenal ia adalah Shahiran [x-MiSK]. Sampai di sana kul 4.10 ptg di lokasi yang telah ditetapkan. tapi sayangnya tak de orang lak. Isk hampa la plak. Mula2 igt da nak balik UIA tapi tiba2 si shah ni bgtau sape yang tgah makan dlm kedai Chicken Rice Shop tu? Rupe2nye HH duk tgah makan disitu. huhu teruje plak. Lpas tu mula lah gelabah sapa nk pegi cuit si HH tu. Akhirnya dia nampak jgk kami kat situ, pastu si shah ni pgila bertemu ngan HH dan gue ikut dari blakang. Yela segan btol nak jmpe ngan artis nie, tmbah2 plak dia xbrapa knal lagi ngan kita kan? Kami pun dduk semeja ngan HH dan mulalah mlalut tak tntu psal. Ha3... Si shah la yg bnyk cakap ckit, gue ckp skit2 aje. Tak tau nak cakap ape la. Terkejut sgt jumpe HH. Hehehe... Mula2 igtkan HH tak kenal gue, tp tnyata dia igt lagi org yang tlg design cover album dia, he2 thanx syukran sbb igt gue. Tengah seronok berbual, datangla budak2 pompuan yang nak jumpe ngan HH ni. Sgan2 la apa la, tp diorang bwk abang dyorang skali. Segan la tu. Lpas tu HH terjumpe dengan staff dari Hijjaz Records iaitu Atie, dan kami dibwk oleh HH ke kedai seterusnya untuk berborak lagi. Kami pun singgah di kedai La Cucur yang tidak jauh dari situ. Kami start berborak panjang kat situ. Mula2 HH pegi 7-E untuk beli paper. Rupe2nye ader gmbar dia kt dlm tuh. Isy pndai btol si HH ni, cam tau2 je. Pastu HH belanja la kiteorg minum kt situ n then berboraklah selama 1jam setengah kt situ. Macam2 la diborakkan tentang nasyid la, album dia n macam2 lagi. Nanti tunggu kemunculan MTV Karaoke Syukran dari HH ye... InsyaAllah. Pastu selepas berborak panjang, si shah ni gatal nak bergmbar la lak. Gue pun ambik je la gmbar dia ngan HH, bkan nak ambik gambar aku skali. Isy truk btol. Ok la, ckup la tu buat kali ni, nanti kalau ada apa2 lagi yang nak diceritakan nanti gue bagitau ye...
Tahun baru 2009 baru saja melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu, lembaran baru 2010 kini sudah bermula. Sudahkah anda semua bersedia untuk mengharungi cabaran bagi tahun 2010 ini? Harap2nya semua sudah bersedia untuk beraksi dan mengatur langkah bagi melaksanakan apa yang telah dirancangkan dan merealisasikan segala hajat yang ada. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan oleh RxemeStudios sepanjang tahun 2010 ini, antaranya projek design dan proses rakaman album bersama Aman Studio dalam projek terbaru studio beliau iaitu "Album Kompilasi Nasyeed Inter-IPTA". Projek ini dijayakan bersama sahabat beliau dari Neurotic Studio iaitu saudara Halim Devotees. Saya harap projek ini mendapat sambutan dari para penasyeed indie (independant). Saya masih lagi berusaha untuk confirmkan projek ini kepada Aman Studio tapi insyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan keyakinan semula untuk merakamkan album ini seterusnya memulakan langkah saya yang pertama dalam industri nasyid. Kumpulan saya akan muncul tidak lama lagi sebaik saja projek ini dijayakan dengan cemerlang. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan.
-Compose Song "Warnailah Hidupmu" artiste Soutul Huffaz MTAQ
-Banner I-Fest'09 [Islamic Festival]
-Banner IRIS'09 [Islamic Religious Students' Convention]
-Banner IMB'09 [Islamic Mega Business]
-Banner Intellectual Forum Convest'09
-Banner Forum on Equality in Islam, are Muslim Women Left Behind?
-Logo IGS Consultancy & Management
-Banner & Poster Kem Bijak Solat'09 [IGS]
-Cover Art Hafiz Hamidun's Syukran 2009
-IRKHS'S Blog [Islamic Revealed Knowledge & Heritage Students' Society]
-D'jambey Production Blog
-MoslemMart Official Blog
-Banner Bengkel Fasilitator Nasional PKPIM 2009
-Projek rakaman lagu berjudul "Warnailah Hidupmu" di SoulArt Studio. Lirik & Lagu : Rxeme (R-X Studio), Susunan Muzik : Abd Halim (Neurotic Studio)
- Majalah Survival PKPIM UIA
-IRKHS'S Organizaton Charts Session 2009/2010
- Tribune IRKHS'S Akhbaruna (Edisi 1-6)
-Rakaman lagu untuk album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta. Lagu berjudul "Di Pangkuan CintaMu" hasil ciptaan sepenuhnya oleh Abd Halim (Neurotic Studio)
-Cover art album Koleksi Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta (Neurotic Studio)
-Pamphlet & Poster Seminar Maqasid Syariah 2010
-Poster Eidul Fitr Gathering 2010 IIC
-MRC Bilal 10/11 Montage Presentation
-Cover art album F I N E - Motivation for All
-Banner & bunting Program IRKHS'S Intellectual Week 2011
-ZikrulMaut 2011 (Banner, Bunting, Video & Montage Presentation)
-IRKHS'S 10/11 Business Card
-Design Booklet Konvensyen Belia Kebangsaan 2011
-Bunting Malaysian Red Crescent Club (MRCC IIUM)
-Tag Majlis Konvokesyen PERMATA (Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia) kali ke-4